PERKHEMAHAN NAZIM KUANTAN 2010

Alhamdulillah, kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah swt yang telah mengizin dan memudahkan berlangsungnya perkhemahan bagi anak-anak NAZIM Kuantan pada 27-28 Feb 2010 lepas. Perkhemahan selamat dilaksanakan di Permatang Badak, Kuantan dengan kerjasama dari beberapa orang fasilitator dari  PEMBINA ikhwah dan akhawat yang telah banyak membantu sepanjang program berjalan.

Pendaftaran yang bermula pada petang 27 hb itu, menyaksikan penglibatan seramai 27 orang peserta dari peringkat sekolah rendah lelaki dan perempuan.

Program sehari semalam itu memuatkan beberapa slot antaranya:

  • Solat maghrib berjemaah beserta kuliah maghrib yang bertajuk ‘Rasulullah saw sebagai anak dan sahabat’
  • Tayangan video ‘Muhammad Utusan Terakhir’ selepas solat isya’ berjemaah.
  • Lanjutan dari tayangan video tersebut, anak-anak NAZIM bergerak dengan penuh rasa teruja dalam aktiviti ‘night walk’ mengelilingi kawasan berdekatan bersama pasangan masing-masing. (Dua orang dalam setiap kumpulan) . aktiviti ini bertujuan menanm rasa berani dan takut hanya pada Allah swt, ke dalam hati mereka. Seusai night walk, masing2 terlelap keletihan sebelum menyambung program dengan acara seterusnya.

Seawal jam 4.30 pagi, anak-anak telah bangkit untuk solat tahajjud secara berjemaah, walaupun dalam keadaan yang masih ‘mamai’ dek rasa mengantuk, masing2 tetap berusaha untuk memberi yang terbaik. Syabas anak-anak sekelian.

Selesai solat subuh, diiringi dengan bacaan ma’thurat, para peserta dihidangkan dengan sarapan pagi sebelum semuanya melibatkan diri dalam acara latihan

1. Nasyid
2. Coral Speaking
3. Berpidato dan
4. Bercerita

bersama jurulatih2 yang terdiri dari ‘ kakak-kakak  PEMBINA UIA ‘ dan ‘ makcik-makcik ISMA’.

Program diteruskan dengan acara kemuncak perkhemahan, iaitu Explore Race di sekitar kawasan padang Sek Keb Permatang Badak. Beberapa tugasan dalam explore race tersebut telah dapat disiapkan oleh semua kumpulan dengan jayanya. Masing-masing menerima hadiah di akhir perkhemahan . Jelas terpancar riak kegirangan di wajah-wajah anak-anak generasi harapan ini.

Perkhemahan yang bertemakan “Nabi Muhammad saw contoh ikutan” itu selamat diakhiri sekitar jam 1.00 tgh, iaitu sebelum solat zohor. Anak-anak bersorak gembira, mengharap akan adanya lagi perkhemahan seumpamanya di masa akan datang. Alhamdulillah.

Penghargaan buat ‘abang-bang dan kakak’  dari PEMBINA yang turut serta menjayakan perkhemahan ini.

Semuga perkhemahan ini juga akan turut memberi cetusan semangat kepada anak-anak NAZIM yang lain di seluruh negara.

MEMBINA KECERDASAN EMOSI DAN INTELEK SEBELUM USIA ENAM TAHUN.

Mengimbau kembali kehidupan ibu bapa dan nenek moyang kita dahulu kita akan dapati seringkali anak lelaki diajar dengan ilmu mempertahankan diri. Agar selamat dari gangguan binatang buas waktu mengembara atau ganguan manusia lain yang di temui. Sementara anak perempuan diajar ilmu bagaimana mempercantikkan diri, menjaga maruah diri dan melayan suami dengan sebaiknya.  Hanya segelintir sahaja masyarakat yang berpeluang mendapat pendidikan dari segi ilmiah dan diajar menulis dan membaca. Ini bermakna pendidikan pada zaman itu bertumpu kepada kecerdasan emosi dan fizikal , dan amat sedikit sekali kepada kecerdasan intelek.

Namun bukan bermakna mereka langsung tidak diasah intelek mereka.  Mereka juga belajar mengaji Al Quran, belajar di madrasah dan pondok-pondok, menghafal segala jenis kayu kayan di  hutan. Boleh mengenal dan menamakan jenis akar, daun  dan buah-buahan yang terdapat disekililing mereka. Mereka belajar secara tidak formal.

Dari segi kehidupan harian kebanyakan kerja dilakukan secara ‘manual’, seperti menumbuk padi, menggiling cili, mengangkat air dari perigi dan sebagainya. Bahkan ada ibu bapa yang memberi tanggung jawab khas buat anak-anak mereka setiap hari, seperti anak lelaki mesti memastikan air di dalam kolah sentiasa penuh, anak perempuan di wajibkan menolong ibu di dapur, memasak mengemas , melipat kain dan seumpamanya.

Ibu adalah suri rumah sepenuh masa, menjaga anak, menyusukan bayi dan memastikan keperluan harian mereka. Bapa pula bertanggung jawab untuk mencari rezki menyara hidup keluarga. Yang demikian itulah antara ciri atau faktor yang membentuk  masyarakat melayu yang terkenal dengan adat resam dan kesopanannya.

PERUBAHAN HARI INI

Apabila berlakunya revolusi industri  zaman dan cara hidup masyarakat banyak berubah. Kehidupan moden yang serba canggih, bersifat global,  seolah-olah  dunia tanpa sempadan.  Pembangunan intelek dan ilmiah amat di titik beratkan. Oleh itu tumpuan diberikan kepada pendidikan formal iaitu pendididkan peringkat sekolah, seterusnya ke kolej atau universiti. Kejayaan manusia di ukur dengan profesionalismanya, iaitu memiliki kepakaran dalam bidang tertentu. Ibu bapa bekerja , malahan anak tidak disusukan dan di besarkan oleh ibu sendiri. Anak tidak lagi diberi tanggung jawab kerana “dia penat belajar’. Kasih sayang dan perhatian biasanya digantikan dengan hadiah, wang dan kebendan. Ibu bapa sentiasa sibuk dan tertekan, tidak ada masa untuk anak-anak, dan sekiranya ada masa bersama anak-anak mereka secara tidak sedar banyak menghabiskan masa untuk mengkritik tingkah laku dan adab yang tidak sopan, dengan itu mereka seolah hilang peluang untuk bermesra dengan anak-anak.

KECERDASAN EMOSI DAN INTELEK YANG SEIMBANG

Kajian menunjukkan bahawa manusia seolah-olah mempunyai dua otak, otak intelek dan otak emosi, dan kedua-duanya membangun serentak dan hampir 85% dari pembangunan otak bergantung kepada pembangunan emosi, dan 15% sahaja kepada pembangunan intelek. Dengan itu 85% dari hidup manusia dipengaruhi oleh perasaan atau emosinya. Ini bermakna 85% dari cara hidup, amalan, tingkah laku dan kemampuannya untuk belajar dan minat belajar adalah berdasarkan perasaan dan emosinya.

BOLEH DAN MINAT

Kajian menunjukkan bahawa otak membangun kerana otak itu belajar.Otak belajar kerana menerima maklumat, menyimpan maklumat dan bertindak balas kepada maklumat tersebut. Maklumat diterima melalui pancaindera lihat, dengar, sentuh, bau dan rasa , dan respon dilihat melaui gerak geri , pertuturan dan manipulasi. Emosi atau perasaan merupakan  “INPUT atau ‘NALURI’ yang keenam yang amat penting. Perasaan positif dan negatif berlaku serentak dengan pengalaman anak melihat, mendengar, menyentuh, merasa sentuhan, membau, bergerak, bertutur dan bermanipulasi.

Dengan itu apabila kita membangunkan kemampuan anak membaca, kita seharusnya membangunkan serentak MINAT dia membaca.  ‘boleh’ ialah kecerdasan intelek dan ‘minat’ ialah kecerdasan emosi. Teruskan membaca