SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1430

salam-hijrah-03

Kullu ‘am wa antum bi khair..!

Selamat tahun baru hijrah. Sempena  ini kita memohon kepada Allah swt agar memberkati kehidupan kita yang masih berbaki , memberikan kepada kita kempunan terhadap segala salah silap kita yang lalu..Amin.

” MENJANA UMMAH GEMILANG

Ummat Islam pernah mengukir sejarah gemilang dengan menegakkan Daulah Islamiyyah selepas 13 tahun Nabi Muhammad SAW di utuskan sebagai Rasul, iaitu setelah berlakunya hijrah dari Mekah ke Madinah Munawwarah.  Baginda telah  memimpin generasi sahabat dan sahabiyah yang dikenali sebagai generasi Al Quran yang unik.

Kerajaan Islam yang hebat dan di segani teruslah kekal dibawah sistem KHALIFAH dibawah pemerintahan empat khulafa ur Rasyidin asidina Abu Bakr, Umar, Uthman dan Ali . Sistem ini terus kukuh dengan pembukaan beberapa negara Islam melalui peluasan empayar Islam di bawah kerajaan Islam Bani Umayyah, Bani Abbasiyyah dan Bani Uthmaniyyah.

Ringkasnya Islam pernah menguasai satu pertiga dunia.. Namun sejak kejatuhan kerajaan Islam di bawah pemerintahan kerajaan Turki Islamiyyah pada tahun 1924 hingga kini ia belum dapat dikembalikan lagi. Justeru itu menjadi tugas dan tanggung jawab kita semua untuk meletakkan Islam sebagai peneraju ummah.

Bukan pula semudah itu untuk kita melakukannya, pengorbanan yang tinggi diperlukan dari kita semua. Bermula dengan pembentukan peribadi muslim, rumah tangga muslim, masyarakat muslim, watan Islami, daulah Islamiyyah, khilafah Islamiyyah sehinggalah kepada peneraju dunia seluruhnya.  Kefahaman Islam , kesedaran dan hati yang ikhlas akan mempercepatkan proses ini berlaku , disamping kerja-kerja yang dilakukan mestilah melalui team work yang tersusun. Kerana projek mega ini tidak mampu untuk dipikul oleh mereka yang lemah, tidak mampu juga untuk dipikul seorang diri.

Dalam hal ini para wanita yang merupakan saudara kepada kaum lelaki di dalam perjuangan, yang merupakan seorang isteri, ibu dan seorang anggota masyarakat mestilah memahami apakah peranan mereka dan memberikan sumbangan melalui setiap posisi yang mereka duduki.

Semuga tahun hijrah 1430 ini akan membuka satu lembaran baru buat semua wanita, memasang keazaman yang lebih tinggi , sanggup merempuh setiap cabaran mendatang. Dan yang teramat penting ialah keimanan dan ketaqwaan terhadap Allah swt, sentiasa memastikan hubungan yang kuat dengan Allah Rabbul Jalil.

BENGKEL SEVEN HABITS

pictures-0162

Pada 29 – 30 november 2008 yang lalu Bengkel Seven Habits telah di adakan di pejabat Isma, Bangi, selangor Darul Ehsan. Sambutan menggalakkan daripada wanita Isma yang dijemput daripada seluruh Malaysia. Program selama dua hari satu malam dimusim cuti persekolahan ini dapat di menfaatkan untuk menimba pengtahuan, bertukar-tukar fikiran dan mengeratkan hubungan ukhuwah sesama ahli. Bengkel dua hala antara moderetor dan para peserta menghidupkan lagi suasana.

Bengkel ini bertujuan untuk membuka minda wanita kepada teori kecemerlangan sebagai seorang pemimpin. Teruskan membaca

SUKAN RIA’08 WANITA ISMA SEREMBAN.

Setelah beberapa hari bertakbir merayakan Aidil Adha pada 8 hingga 11 dec yang lalu dan mengadakan ibadah korban , kehidupan diteruskan seperti biasa. Cuti akhir tahun persekolan masih lagi berbaki beberapa minggu. Macam biasalah setiap hujung minggu akan di penuhi dengan jemputan kenduri kahwin atau bertungkus lumus sebagai tuan rumah majlis kenduri yang berbagai sempena.. pertunangan, aqiqah dan sebagainya. Teruskan membaca

BEBERAPA CARA UNTUK KHUSYUK SOLAT

Khusyuk adalah persoalan utama dalam solat selepas rukun-rukunnya. Solat tanpa khusyuk sama seperti lagu tanpa irama.. Malah sifat khusyuk ini dikira sebagai satu sifat mukmin yang disebut oleh Allah swt dalam firmanNya dalam Surah al mukminun , yang mafhumnya:

” berjayalah orang-orang yang beriman, mereka yang khusyuk di dalam solatnya…”

Teruskan membaca