Isilah Ramadhan ini….

Marilah kita  mengisi Ramadhan dan mengambil peluang bertaqarrub kepada Allah di bulan ini.

“Sesiapa yang menghampiri Allah di bulan ini dengan satu amalan sunat ia seumpama mereka melakukan satu amalan fardhu di bulan yang lain. Sesiapa yang mengerjakan satu amalan fardhu, ia seolah-olah mengerjakan 70 amalan fardhu di bulan yang lain. Di bulan ini, orang yang mengimaninya akan ditambah rezeki.”

(Riwayat Ibnu Khuzaimah)

Semarak Ramadhan 3

Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Allah berfirman: Tiap-tiap amal anak Adam untuk dirinya sendiri selain dari puasa. Puasa itu untuk-Ku dan Aku akan memberikan pembalasan kepadanya.

Puasa itu ‘junnah’ (perisai); kerana itu apabila seseorang kamu sedang berpuasa janganlah dia menuturkan kata-kata yang buruk dan janganlah pula dia mendatangkan hirik-pikuk hingar-bingar. Apabila dia dimaki atau ditentang oleh seseorang, hendaklah ia katakan, “Saya ini berpuasa.”

Demi Allah yang diriku (Muhammad) di tanganNya, bau busuk mulut orang yang berpuasa lebih baik dan lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi yang harum semerbak.

Orang yang berpuasa itu mempunyai dua kegembiraan: Kegembiraan di waktu berbuka dan kegembiraan di kala bertemu dengan Tuhannya kerana berpuasa.”

[Riwayat Bukhari]