KALIMAH ALLAH:MEMANCING TAHAP PEDULI UMMAT

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali 82 pada 5-7 Mei 2008 telah memutuskan bahawa adalah diharamkan penggunaan empat kalimah iaitu Allah,Kaabah,Baitullah dan Solat oleh orang bukan Islam.
Berhubung  penggunaan nama Allah oleh pihak Kristian Katholik ini, adalah jelas bahawa ia bertentangan dengan apa yang telah diputuskan oleh MFK  bahawa penggunaan kalimah Allah adalah khusus  buat agama dan dan orang Islam sahaja.
Kabinet pula pada  bulan Mei tahun 1986 telah memutuskan bahawa penggunaan kalimah Allah,Kaabah, Baitullah dan Solat adalah tidak dibenarkan untuk orang bukan Islam menggunakannya.
Malah penggunaan empat kalimah berkenaan  sudah diwartakan hanya khusus untuk orang Islam sahaja di bawah Warta PU(A) 15/82 dan Pekeliling KKDN. S.59/3/6/A bertarikh 5 Disember 1986.
Jemaah menteri  juga telah bermesyuarat  pada 3 Januari  2008 juga bersetuju  mengekalkan larangan tersebut  sebagaimana yang telah diputuskan juga pada 18 Oktober dan 1 November 2006.
Walaupun pihak Kristian mendakwa telah menggunakan kalimah Allah ini sejak 1960 an lagi di Sabah dan Sarawak ,tetapi  orang Islam tetap tidak menerimanya bukan sahaja  di dua negeri itu tetapi juga di seluruh Malaysia khususnya  malah Dunia Islam amnya.
Walaupun isu ini agak menggemparkan negara kita (buat masa ini),setakat ini Sultan Selangor antara  raja yang awal memberi respon dengan mengeluarkan kenyataan  tetap melarang gereja-gereja di Selangor menggunakan kalimah Allah dalam sebarang aktiviti mereka.
Namun begitu, ramai juga malah sebahagian besar ummat Islam yang lain mengambil sikap tidak kisah,tidak peduli dan menganggap isu ini adalah biasa sahaja ,sama seperti isu-isu ummat Islam yang lain seperti  isu murtad misalnya yang akan berakhir begitu sahaja.Bagi mereka yang penting kita teruskan  sahaja  kehidupan dan kerja –kerja dakwah yang lebih utama daripada melayan sebarang isu-isu remeh seperti  ini.
Adakah isu ini remeh?

Justeru bagaimana  dan apakah kayu pengukur yang boleh digunakan oleh ummat Islam untuk mengetahui dan menilai remeh atau tidak remehnya sesuatu perkara?
Dalam surah Al Baqarah ayat 120 Allah SWT telah menegaskan bahawa orang Yahudi dan Nasrani  sesekali  tidak  akan rela terhadap ummat Islam sehinggalah mereka(orang Islam) mengikuti agama dan ajaran mereka(Yahudi dan Kristian)
Pertentangan Yahudi dan Kristian terhadap Islam telah dirakam sejarahnya oleh Al Quran.Mereka juga yang  telah membunuh para nabi dan rasul,mengubah dan menyelewengkan isi kandungan kitab-kitab samawi,melanggar perjanjian dan segala macam kebejatan yang mereka telah lakukan dalam sejarah tamadun kemanusiaan.
Tiba-tiba..pada  awal tahun baru 2010 kita mendapat berita `betapa` ikhlas dan lunaknya mereka  mahu menggunakan kalimah Allah  dalam penerbitan mereka setelah sekian lama mereka melontarkan kalimah itu (dari sudut sebutan dan pengertiannya yang sebenar) sejauh-jauhnya dari ajaran dan kehidupan mereka selama ini .
Ikhlaskah mereka??

Alangkah baiknya  budi ummat  Islam pula bilamana sesuatu yang telah sah menjadi milik kita ,berdasarkan fakta-fakta yang telah disebutkan di atas ,dengan senang hati kita serahkan kepada musuh yang  memang  terkenal  licik dan penuh muslihat terhadap Islam.
Kita hanya mengambil sikap tunggu dan lihat sahaja malah hati kita tidak sedikit pun  tersentuh..tanpa sekelumit rasa curiga.
Ummat,

Isunya di sini bukan sekadar kalimah Allah.tetapi  ia melibatkan persoalan aqidah,maruah dan keharmonian dalam masyarakat.
Allah berfirman  dalam surah Al Ikhlas ayat 1-4 :
“Katakanlah Wahai Muhammad Allah itu esa.Allah menjadi tempat pergantungan.Dia tidak beranak dan tidak diperanakan.Dan tidak ada bagiNya sekutu dengan sesiapa pun”
Nama Allah adalah berdasarkan kepercayaan  Tauhid orang Islam tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam.Ini kerana Allah yang dimaksudkan  oleh agama lain adalah berbeza dengan Allah yang dimaksudkan oleh orang Islam.Yang penting adakah Allah yang diguna Kristian itu  adalah sama dengan dengan konsep tauhid atau esa yang disebut oleh Al Quran. Teruskan membaca

KEKELUARGAAN DALAM PEMIKIRAN AL BANNA

Asy Syahid Hassan Al Banna dalam gagasan pemikirannya menyeru manusia ke jalan Allah dengan asas yang amat mudah. Beliau ingin membawa manusia yang telah jauh dari hidayah Islam kembali ke pangkal jalan. Kembali memahami Islam yang syumul ,yang menjangkau seluruh aspek kehidupan. Bermula dari aqidah yang sejahtera dan ibadah yang sahih sehinggalah kepada akhlaq, keluarga, masyarakat , Negara, undang-undang, kekayaan, keadilan,kehakiman , jihad dan dakwah. Membawa manusia kembali kepada Al Quran sebagai asas sumber rujukan. di samping hadis Rasulullah saw melalui riwayat dan perawi yang dipercayai.

Penekanan-penekanan yang dibuat oleh Asy Syahid menjadi lebih mantap dan sempurna apabila beliau sentiasa meletakkan Iman yang benar, Ibadah yang sahih dan pengorbanan di hadapan . Kerana di dalam ketiga-tiga elemen tersebut terkandungnya cahaya dan kemanisan. Asy Syahid seorang yang amat tegas dalam perkara agama memastikan ia sentiasa berlandaskan dalil syarak yang jelas dan nas-nas agama, menolak segala sesuatu yang bercanggah dengannya . Neraca dan setiap nilai di atas diimplimentasikan secara amali dalam alam nyata melalui keperibadian seorang muslim, keluarga muslim, masyarakat muslim , Negara Islam dan alam seluruhnya .

Asy Syahid dikatakan tidak banyak mengarang buku kerana terlalu sibuk dalam memproses dan melahirkan “rijal”. Demikianlah kritikalnya tahap pembentukan peribadi itu di sisi Hassan Al Banna. Melalui peribadi-peribadi muslim impian untuk mencapai sebuah keluarga muslim akan tergalas. Setiap tingkat atau tertib amal ini semestinya memerlukan disiplin dan pengorbanan yang tinggi. Amal-amal inilah yang akan dinilai dan dipertanggung jawabkan di hadapan Allah kelak.

Teruskan membaca

BUKAN SEKADAR WANITA

Umar al-Khattab pernah berkata: “Aku impikan rumah ini dipenuhi dengan ‘rijal-rijal’ seperti Muaz b. Jabal, Abu Ubaidah Al-Jarrah, Salim hamba Huzaifah untuk aku gunakan mereka untuk menegakkan kalimah Allah” Kata-kata hebat yang lahir dari insan yang hebat.

Mengimpikan ‘rijal’ lebih dari perhiasan duniawi. Fikrahnya sangat jelas, menyeru kepada pembentukan ‘rijal’ dakwah yang mantap untuk menegakkan panji-panji Islam. Dengan itu, akan tertegaklah kalimah Allah di muka bumi ini.

Bagaimana untuk menghasilkan ‘rijal’ dakwah yang mantap ini? Tentulah memerlukan satu proses tarbiyah yang benar-benar mantap. Merangkumi segala aspek. Ruhi, jasmani, akal, aqidah, akhlaq, dan amalnya. Ia adalah proses untuk membentuk manusia, bukanlah semudah menguli tepung. Ia merupakan satu proses yang memerlukan kesungguhan dan pengorbanan. Ia juga memerlukan kesabaran yang sangat tinggi. Bukan calang-calang orang boleh melakukan ini. Tetapi cuba bayangkan seandainya impian ini jadi kenyataan suatu hari nanti. Nescaya dunia ini akan makmur di bawah naungan Islam. Tentu kita akan rasa sangat gembira. Kerana di situ ada hasil titik peluh kita.

Tangan Yang Lembut Itu

Siapa sangka tangan lembut seorang wanita mampu menggoncang dunia? Siapa sangka wanita yang disangka lemah mampu merubah masyarakat? Siapa kata wanita tidak boleh berdakwah?

Di sinilah hebatnya wanita. Memiliki keistimewaan tersendiri. Dari manakah lahirnya seorang ‘rijal’ kalau bukan dari rahim seorang wanita. Mungkin kadangkala terselit rasa lemah dan rendah diri kerana wanita tidak berpeluang berjuang di medan jihad seperti orang lelaki. Tetapi betapa bertuahnya seorang wanita. Seorang wanita yang luarannya lemah lembut mampu untuk mengandung, melahirkan, membesarkan, mengasuh dan mendidik seorang ‘rijal’. Bukankah itu satu kemuliaan yang Allah kurniakan hanya buat wanita.

Bukan sekadar itu. Wanita juga dimuliakan dengan suaminya. Tetapi bagaimana? Dalam sebuah riwayat dituturkan, bahwasanya Ibnu ‘Abbas berkata:

“Sesungguhnya seorang perempuan telah datang kepada Rasulullah, lalu ia berkata:‘Wahai Rasulullah, saya ini utusan dari kaum perempuan untuk menemuimu. Jihad ini diwajibkan Allah kepada kaum laki-laki. Jika mereka menang, mereka mendapat pahala, dan jika mereka terbunuh, mereka tetap hidup di sisi Tuhan mereka, dan mendapat ganjaran. Sedangkan kami kaum perempuan hanya membantu mereka. Maka, apa bahagian kami dalam hal in?’ Rasulullah Saw menjawab, ‘Sampaikanlah kepada perempuan-perempuan yang kamu temui, bahwa taat kepada suami dan mengakui hak-haknya adalah sama dengan itu (jihad di jalan Allah)’.”

(Fiqh Sunnah, Sayyid Sabiq)

Wanita Juga ‘Rijal’

Teruskan membaca