SYAWAL YANG BERBAKI

pemudi pemimpin masa depangembira di aidilfitri

Syawal yang masih berbaki dimanfaatkan oleh seluruh umat Islam khususnya di Malaysia. Ziarah menziarahi, satu budaya melayu yang juga amat di galakkan oleh Islam. Di kesempatan begini kunjung mengunjung sambil merapatkan ukhuwah. Apabila ia di lakukan dengan niat yang betul , maka InsyaAllah akan di kira sebagai satu amal soleh yang akan mendapat ganjaran pahala dari Allah.

Suasana syawal di bumi Malaysia ini adalah merupakan ruang dan peluang untuk kita bertemu antara satu sama lain, jiran tetangga, saudara mara, sahabat handai , kenalan baru dan lama. Tarbiyyah yang diperolehi sepanjang sebulan Ramadhan akan dapat di praktikkan untuk bulan-bulan ke seterusnya hendaknya. Jika ingin memulakan Ramadhan kita melihat anak bulan, begitu juga apabila hendak masuk kebulan syawal kita melihat anak bulan. Maknanya amal ibadah dan aktiviti kehidupan kita sebenarnya juga di persaksikan oleh alam.

Agar dapat kita rasakan bahawa Syawal yang kita raikan ini adalah ibadah. Jauh sekali untuk ditafsirkan sebagai pesta suka ria, makan minum dan seumpamanya. Kerana itulah apabila kita menyambung puasa enam hari dalam bulan syawal setelah tamatnya Ramadhan di ibaratkan kita puasa setahun. Puasa di bulan syawal mempunyai ujian dan cabarannya yang tersendiri. Ramai juga di luar sana yang gagal untuk menunaikan ibadat puasa enam ini, maklumlah open house setiap hari dan malam, open house keluarga, open house tetangga, taman-taman tempat tingggal, pejabat, sekolah, agensi-agensi tertentu dan sebagainya… pendek kata tak cukup sebulan syawal.

Lantaran itu sebagai seorang yang beriman  haruslah kita bijak dalam menyusun segala tuntutan tadi. Kerana jika tersilap langkah tuntutan nafsu makan lebih di raikan dari ibadah dan kesihatan ruhiah. Bimbang ibadah khusyuk dan tekun sepanjang Ramadhan akan semakin hakis dengan aktiviti syawal yang tidak terkawal.

Bacaan Al Quran, solat jemaah, solat malam, amalan sedekah dan seumpamanya semakin dilupakan. Seolah-olah amalan tersebut hanya untuk bulan Ramadhan sahaja, sedangkan sebenarnya amalan dibulan Ramadhan itu adalah sebagai satu training.. yang perlu kita teruskan dan sebatikan di dalam diri kita secara berterusan.

Dalam hal ini para ibu perlu memainkan peranan, memberikan nasihat bimbingan kepada anak-anak. Memperingatkan suami dan diri sendiri tentang hakikat ibadah. Kerana kehidupan ini keseluruhannya adalah untuk beribadah, ubudiyyah kepada Allah Swt. Sentiasa berlumba-lumba untuk melakukan yang terbaik. Ya.. wanita .. peranan mu sentiasa didambakan.