Posted on April 27, 2009 by petugasisma

Ini adalah kenyataan akhbar Mingguan Malaysia :
” KUALA LUMPUR 25 April – Bakal ibu di kalangan kakitangan awam kini boleh menggunakan cuti bersalin maksimum 14 hari lebih awal dari tarikh dijangka bersalin.
Bagaimanapun ia akan ditolak dari jumlah citu bersalin 60hari yang diperuntukkan kepada mereka.
Peraturan baru ini berkuat kuasa mulai 1 Mei, menurut Pekeliling Perkhidmatan Jabata Perkhidmata Awam yang dikeluarkan 20 April.
Kebiasaannya, cuti bersalin 60 hari itu dikira pada hari mereka bersalin tetapi kini mereka diberi pilihan untuk mengambil cuti lebih awal dengan mengemukakan dokumen sokongan daripada hospital , klinik kerajaan atau swasta yang mengesahkan tarikh dijangka bersalin. ” Teruskan membaca →
Filed under: Berita Wanita, Makluman, Permata hati | Leave a comment »
Posted on April 24, 2009 by petugasisma
Isteri Penguat Perjuangan Suami
Adalah Lathifah As Suri perempuan itu. Ia berdiri disamping Imam Syahid Al Banna. Sejak awal Imam Syahid telah menegaskan bahwa ia memerlukan seorang muslimah yang kokoh, yang tak lekang dan surut oleh banyaknya halangan dan rintangan dalam berdakwah.
Tidak mudah menjadi istri seorang Hasan Al Banna. Seseorang yang setiap detik kehidupannya sarat dengan kegiatan dakwah. Di pagi buta dia sudah bergegas untuk memulai berdakwah dan kembali pulang di gelap malam. Bisa dipastikan ia adalah seorang muslimah sejati, yang bisa mengisi kekosongan-kekosong an yang ditinggalkan oleh Imam Syahid Al Banna.
Teruskan membaca →
Filed under: keluarga & kesihatan, Tarbiah, Tokoh | Leave a comment »
Posted on April 23, 2009 by almukhlisah

Kewajipan terhadap agama dan kecemerlangan akademik mestilah dilaksanakan seiringan kerana kita tidak mahu sekadar berjaya di dunia sahaja, sedangkan kejayaan di akhiratlah yang kekal abadi. Demikian tegas Nik Nur Madihah bt Nik Mohd Kamal, pelajar cemerlang SPM 2008 ketika ditemuramah oleh wartawan ISMA di rumahnya di Pengkalan Chepa, Kelantan baru-baru ini. Pencapaian Nik Nur Madihah mendapat 20A telah ‘menggemparkan’ negara kerana kejayaan ini diperolehi dalam keadaan hidup beliau yang serba daif seperti yang dipaparkan oleh media massa.
Ikuti wawancara penuh saudari Nik Nur Madihah Teruskan membaca →
Filed under: Berita Wanita, keluarga & kesihatan, Permata hati | 5 Comments »
Posted on April 23, 2009 by almukhlisah
“Teratur atau tersusun dalam urusan“ adalah satu prinsip yang perlu ada untuk kita menangani kehidupan yang pelbagai dimensi ini. Sifat ambil mudah seharusnya tidak menjadi amalan kita. Begitu juga dalam aspek kewangan. Bagaimanakah kita merancang perbelanjaan, melangsaikan hutang-hutang, bil-bil, ansuran kereta dan rumah, begitu juga simpanan untuk ibadah haji? Semuanya perlu kepada perancangan dan disiplin. Pendek kata kita mesti bijak agar tidak terperangkap dengan keserabutan masalah kewangan akibat daripada kecuaian kita sendiri yang mungkin akan membawa kesan negatif seperti kemurungan, pergaduhan suami isteri, permusuhan dengan kawan dan kerabat kerana hutang atau pinjaman dan seumpamanya. Teruskan membaca →
Filed under: keluarga & kesihatan, Tarbiah | 2 Comments »
Posted on April 23, 2009 by almukhlisah
Bandar Baru Bangi, 28 Mac – KRIM DHL puteri telah menganjurkan ‘Cupcake Class – Baking and Decoration’ yang bertempat di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi. Kelas ini merupakan sebahagian daripada siri ‘Teen-Building Programs’ yang dirancang untuk diadakan sepanjang 2009 khusus untuk KRIM DHL puteri.
Kelas ini telah dihadiri oleh seramai 12 peserta yang dikenakan bayaran sebanyak RM25 bagi setiap peserta. Tenaga pengajar profesional dijemput untuk memberi ‘hands-on training’ bermula daripada proses membuat kek hingga kepada hiasan.
Objektif utama kelas ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli puteri KRIM DHL dengan melakukan aktiviti yang bermanfaat bersama-sama. Objektif ini telah berjaya dicapai dengan jayanya. Sebelum bermulanya kelas, setiap peserta dijemput untuk memperkenalkan diri dan latar belakang yang sekaligus menjadi pemangkin untuk saling kenal-mengenali dan membina hubungan silaturrahim. Dalam proses latihan membuat kek ini, para peserta saling bantu-membantu dan berlakunya komunikasi dua hala yang secara tidak langsung menghubungkan titik-titik persamaan antara peserta. Diharap dengan permulaan ini, hubungan yang terbina akan menjadi lebih erat melalui siri ‘Teen-Building Programs’ yang akan datang.

Selain untuk mengeratkan hubungan silaturrahim, objektif kelas ini juga adalah untuk memberi peluang kepada ahli puteri untuk mempelajari salah satu kemahiran yang mungkin akan bermanfaat bagi mereka kelak. Teruskan membaca →
Filed under: Berita Wanita, Permata hati, Tarbiah | Leave a comment »
Posted on April 7, 2009 by petugasisma
WANITA ISMA MENGALU-ALUKAN KEHADHIRAN
PUAN-PUAN, SAUDARI-SAUDARI DAN
SELURUH WANITA SEKELIAN
Hubungi:
1. Pn Rasyidah (019-2676074)
2. Cik Zahratul Sobah (013-3874485)
3. Pn Zaharah (019-2204770)
YURAN PENYERTAAN:
PELAJAR: RM 70
DEWASA/ BEKERJA: RM 120
BAYARAN YURAN PENYERTAAN BOLEH DIBUAT MELALUI
AKAUN MAYBANK
SUZANA SAAT : 1621 4290 2295
NOTIFIKASI PEMBAYARAN MELALUI SMS : KONWANIS>NAMA>INSTITUSI
HANTARKAN KEPADA 017-6676109 (Pn Suzana)
Filed under: Berita Wanita, Makluman | Leave a comment »
Posted on April 2, 2009 by petugasisma
Izharul haq wa izharud deen [ menzahirkan kebenaran dan memenangkan agama ] adalah dua ungkapan yang seharusnya sentiasa mendorong kita untuk bermujahadah, bersungguh-sungguh di dalam kehidupan sebagai muslimah daieyah.
Ke mana sahaja ia pergi inilah amanat dan pesanan yang tidak akan lekang dari bibir mulut wanita tokoh ini. Sentiasa meniupkan semangat kepada para wanita . Mengajak supaya terus serius dalam menyemarakkan dakwah. Merindukan syahid. Siapakah wanita hebat ini..??
Ummu Muhammad , menjadi sebutan malahan rebutan untuk menjadi tetamu istimewa ketika kunjungan beliau ke bumi Malaysia baru-baru ini . Jemputan yang bertali arus disambutnya dengan penuh semangat dan kasih sayang.

Ucapannya memberi semangat kepada golongan pelajar dan mahasiswi-mahasiswi muda, masing-masing merasakan amat bertuah dapat bertemu wanita mujahidah ini. Beliau adalah isteri seorang mujahid yang hafaz Al Quran , merupakan doktor pakar kanak-kanak yang telah pergi menemui Allah dengan haruman darah syuhada’ , syahid dihentam roket zionis pada tanggal 17 April 2004. Seorang syahid yang telah terealisasi impiannya untuk mati di jalan Allah..
Teruskan membaca →
Filed under: Berita Wanita, Tarbiah, Tokoh | Leave a comment »