SEMANGAT WANITA ISMA SABAH KIAN MEMBARA

Semuga tahun 2010 ini akan menjadi sejarah manis buat Wanita ISMA Sabah. Penubuhan ISMA sabah adalah merupakan pasarana wajib buat ahli ISMA di Sabah untuk bergerak seiring dengan ISMA di negeri-negeri lain di seluruh negara.  Gerak kerja yang tersusun akan memudahkan untuk wanita bergerak maju kehadapan,  untuk mencapai visi dan misi yang telah dilakarkan.  Semangat sedia ada dikalangan wanita ISMA Sabah kian membara dengan adanya sokongan dan dukungan mantap dari ahli yang bernaung di bawah satu organisasi yang sistematik.

Dunia yang semakin mencabar ini sememangnya menuntut untuk barisan duat menyediakan saf dan kekuatan dalaman mereka . Wanita tidak terkecuali dalam menyahut seruan ini walau dimana jua posisi mereka. Sesuatu organisasi akan pincang jika tidak diimbangi dengan kebangkitan pendukung wanita mengiringi kaum Adam dalam mengharung tribulasi yang berbagai bentuk. Masyarakat yang mempunyai wanita yang baik akhlaqnya, terarah minda dan aqalnya adalah sebuah masyarakat yang beruntung.

Di harapkan gema kejayaan akan kita dengar dari negeri bawah bawu ini sedikit masa lagi. Membangun bersama biro wanita, mengatur aktiviti melalui NAZIM [ Nadi Asybal wa zahrawat] dan biro keluarga. Menjadi qudwah kepada masyarakat Islam, di Sabah khususnya. Sementara gabungan tenaga muda dan orang  lama di sini akan terus melonjak dengan lebih pro aktif, inovatif  dan berkesan.

2 Respons

  1. baru tengok blog ni..byk jugak xtvt ye

Tinggalkan komen