PELANCARAN NAZIM : KELAB ASYBAL WA ZAHRAWAT

asybl-zhrwt

Alhamdulillah.. Nazim telah selamat dilancarkan . Nazim ,  ringkasan dari perkataan Nadi Asybal wa Zahrawat Isma Malaysia  sempena AGM ISMA ke 11 pada 31 januari 2009 yang lalu. Majlis dimeriahkan dengan acara memotong kek oleh Timbalan Presiden ISMA Ust.Abd Halim Abdullah. Semuga kelab ini akan bangkit se- gah dan seharum namanya.

Asybal bererti anak singa, simbolik kepada kegagahan, ketangkasan juga keberanian yang sesuai bagi anak-anak laki-laki. Manakala zahrawat ialah kuntuman bunga-bunga yang mekar di taman yang sejuk mata memadang untuk diumpamakan kepada anak-anak perempuan yang sifatnya lembut, kemas dan ceria.

Teruskan membaca

JAULAH QUDAMA’ PEMBINA MELAKA 2009

Kuning emas masaknya padi,

Mawar merah dalam jambangan,

Terima kasih daun keladi,

Budi tuan dalam kenangan.

Tiada lafaz terima kasih yang lebih baik selain doa mampu diucapkan oleh akhawat-akhawat PEMBINA negeri Melaka kepada barisan qudama’ dan akhawat negeri Sembilan yang sudi menerima kunjungan kami dalam Program Jaulah Qudama’ PEMBINA akhawat Melaka pada 7 Januari 2009.

Pagi Sabtu itu menjadi saksi kesungguhan dan komitmen 35 orang akhawat PEMBINA yang datang dari seluruh pelusuk negeri Melaka dan Tangkak Johor. Dengan menaiki sebuah Naza Ria, 2 buah Unser dan 4 buah kereta, kami berkumpul di Hentian Sebelah Pedas Linggi seawal jam 8.30 pagi. Selepas mendengar sedikit amanat dari Pengarah Program, pembahagian kereta dan wajibat, semua kereta bergerak menuju ke Pejabat ISMA Negeri Sembilan.

Teruskan membaca