WANITA ZON TIMUR MENYEMAI UKHWWAH DAN MENUAI AMAL JAMAIY DI PERKHEMAHAN.

Kuantan, 17-18 julai 2009 – Wanita merupakan insan unik ciptaan Allah. Keindahan akhlaq, rohani dan nuraninya mampu mempengaruhi orang lain di sekelilingnya sebagaimana juga kaum lelaki . Sesungguhnya kemuliaan kedua-dua bani Adam ini di sisi Allah adalah mereka yang paling bertaqwa. Keperibadian unggul yang meliputi rohani dan jasmani perlu di gilap dari semasa ke semasa melalui program tarbiyah dan aktiviti, kerana ia tidak terbentuk secara automatik. Lantaran itu wanita ISMA zon timur yang mewakili negeri Terengganu, Kelantan dan Pahang telah menganjurkan satu perkhemahan di Amansari Beach Resort , Tanjung Sepat , Pahang ,selama 2 hari 1 malam.

Perkhemahan yang bermula pada 17 hingga 19 julai tersebut mendapat sambutan baik dari kalangan peserta yang mencecah angka 70 orang. ” Ukhuwah di semai, amal jamaiy di capai” adalah tema yang menguja pada perkhemahan zon timur kali ini. Sambil merapatkan ukhuwah, peserta dapat mempelajari kepentingan syura dan amal jamaiy, seterusnya tentang pengurusan organisasi secara efektif melalui aktiviti-aktiviti yang di sediakan.

Aktiviti out door yang di susun kemas oleh konsultan yang di jemput khas dari Kem D Perkasa, Gombak , Selangor di bawah seliaan Ust.Nik Azam telah membuatkan peserta rata-rata berpuashati.

Agenda bermula dengan pendaftaran pada jam  3 hingga 5.30 petang. Seterusnya, sesi taklimat dan makan malam. Selepas kuliah maghrib  yang membicarakan tentang tajuk ” Al jiddiyah”  oleh ust. Norman dan solat isya’, konsultan  mengambil alih acara,  dimulakn dengan sesi ta’aruf.  Peserta dibahagi kepada beberapa kumpulan, mereka dikehendaki merekacipta institusi pengajian Islam menggunakan sayuran, buah-buahan an dan bijirin .  Di akhirnya  menara yang dibina dirobohkn untuk menunjukkan atau membayangkan betapa pentingnya membina struktur dan tanzim yang kuat. .  Qiamullail , solat subuh dan kuliah subuh adalah acara in-door untuk membina iman dan taqwa.

Selanjutnya, riadhah dan permainan yang mencabar minda dan fizikal merupakan acara yang di nanti-nantikan. Setiap permainan dan  aktiviti  yang menyeronokkan , mencabar dan kreatif tersirat disebaliknya unsur-unsur  ukhuwah, syura, jiddiyah, dan keteguhan prinsip ,  iaitu  deretan ciri-ciri yang amat  diperlukan dalam  amal jama’i  khususnya dan dalam  dakwah amnya.

Di sepanjang program peserta saling kenal mengenal antara satu sama lain dari negeri-negeri pantai timur. Bagi yang tidak berpeluang untuk hadir semuga dapat berkongsi ole-ole yang dibawa pulang oleh peserta wakil setempat, agar sama-sama mendapat menfaat. Aktiviti yang di anjurkan di bawah satu badan NGO yang rasmi seperti ini adalah ruang dan peluang untuk dakwah berkembang . Tahniah kepada pihak penganjur semuga akan lebih hebat lagi dimasa-masa akan datang disamping ganjaran pahala di sisi Allah adalah suatu yang pasti.

KURSUS PEMBANGUNAN WANITA 2009

Putra Jaya – Pada 17 hingga 19 Julai 2009 telah berlangsung satu Kursus Pembangunan Wanita di Teratak  Hijjaz, Putra Jaya. Suasana tenang di pinggir kota ini menjadi pilihan  para pimpinan wanita ISMA dari seluruh Malaysia untuk menimba ilmu, kemahiran dan motivasi di samping saling bertukar pandangan serta mengeratkan hubungan antara satu sama lain.

Seramai 43 orang peserta telah menghadiri kursus yang dianjurkan bersama oleh HRD dan biro wanita Pusat sebagai satu keperihatinan terhadap pembangunan potensi diri dan pengurusan kehidupan wanita.”Potensi Digarap, Dakwah DiPacu ” merupakan tema yang mewarnai kursus kali ini. Antara tajuk yang dikupas ialah slot Mengenali Diri, Pengenalan kepada pengurusan, Kemahiran wanita cemerlang , Merancang kehidupan sempurna melalui misi dan visi dan di akhir sesi perserta berkongsi ilmu dan kefahaman sambil berbincang ketika pembentangan lakaran visi dan misi yang telah dibuat secara berkumpulan.

Era globalisasi yang penuh cabaran ini perlu dihadapi dengan positif disamping mengembeling potensi yang ada.Wanita yang mempunyai tugas asasi sebagai isteri, ibu dan uhkti muslimah perlu hadham tentang selok belok pengurusan dan tabiat cabaran dihadapan mereka. Wanita muslimah perlu bangkit sebagai seorang yang berkeperibadian unggul dan memastikan  bahtera kekeluargaan belayar dengan cemerlang. Kerana individu-individu beginilah yang diharapkan akan menjadi  model dan memimpin masyarakat.

Kursus yang berbentuk pengurusan ini tetap diselangi dengan santapan rohani seperti solat jemaah, tazkirah , qiamullail dan muhasabah diri. Agar peserta merasa jiwa mereka ‘basah’ dan rohani yang terisi. Tidak lupa aktiviti riadhah untuk merehatkan minda serta meregangkan sendi.IMG_7738

Wanita ISMA amat bertuah kerana mempunyai ahli yang berpengalaman untuk mengendalikan lima slot utama yang menjadi fokus kursus Pembangunan Wanita kali ini. Pihak Wanita Isma merakamkan ribuan terima kasih kepada 3 orang moderator yang telah bertunggkus lumus menyediakan modul dan mengendalikan kursus selama 3 hari. Moderetor yang masing-masing datang dari bidang yang berlainan , iaitu PuanSyazamawati Zamhasyari dari bidang bio teknologi pemakanan yang kini sedang menghabiskan Ijazah Sarjana di USIM. Puan Rohayah Mohd. Zain seorang ketua unit Penyelaras, Jabatan Ketua pengarah MARA. Dan Prof.Madya Bahiah seorang Pensyarah kejuruteraan komunikasi UKM. Terima kasih juga kepada barisan urus setia yang telah memastikan keselesaan dan program berjalan lancar.

Para pimpinan yang merupakan golongan sasar kursus ini diharapkan mampu menggarap segala isi ceramah yang dilontarkan, mereka kelihatan brsemangat. Pengetahuan bagaimana untuk mengenali potensi diri amat menguja para peserta. Potensi diri yang dikembangkan akan memberikan lonjakan pacuan dakwah yang semakin meledak. Rata-rata peserta juga adalah dari kalangan yang berkerjaya yang memegang jawatan-jawatan penting di tempat kerja mereka.Gabungan antara moderetor dan peserta ini cantik bak pinang dibelah dua. Lantaran latar belakang yang sedemikian rupa di harapkan ummah ini akan bakal merasa air tangan mereka melalui sentuhan tarbiah dan dakwah.

Visi dan misi yang jelas akan membantu  melancarkan perjalanan dakwah ini. Jika dulu wanita agak ketinggalan, banyak bergantung kepada suami, tidak tahu memandu dan fobia terhadap komputer namun kini semuanya telah berubah. Anjakan demi anjakan telah berlaku dan akan terus berlaku. Wanita yang merupakan sayap kanan organisasi ini akan merealisasikan impian untuk sepuluh tahun kehadapan dengan lebih yakin . Pihak Biro Wanita Pusat akan sedaya upaya menggilap potensi ahli dari masa ke semasa agar ahli dan pimpinannya terus mantap dan bersemangat.

Kursus Pembangunan Wanita 2009 telah diakhiri dengan ucapan perasmian penutup oleh Ust.Anwar Soleh selaku Yang dipertua ISMA Daerah Hulu Langat. Beliau mengharapkan ilmu ‘baru’ yang di pelajari oleh peserta kali ini akan memberikan impak positif  kepada semua yang akan memimpin ummah ke jalan yang di redhai Allah.

Muhasabah wanita …

SEMINAR

Salam buat semua wanita.. dalam kesibukan harian yang rutin dan  tugas yang muncul secara tiba-tiba wanita yang bergelar muslimah mesti menghadapinya secara bijak. Iman dan akhlaq perlu di pastikan berada di dalam kategori memuaskan, lebih baik dan sangat baik.  Berusaha untuk menjadikan hari ini lebih baik dari semalam . Sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

لا يشبع المؤمن من خير قط حتى يكون منتهاه الجنة

Maksudnya : Seorang mukmin itu tidak akan merasa puas dari kebaikan sehinggalah syurga menjadi kesudahannya.

Sebagai wanita muslimah yang memahami akan tanggung jawabnya akan cuba sedaya upaya membuat yang terbaik untuk dirinya, keluarganya, masyaraktnya dan  sentiasa merasakan bahawa ummat sentiasa menunggunya.  Untuk melunaskan segala tanggung jawab yang banyak dan berat itu perkara pertama yang mesti digapai terlebih dahulu ialah redha Allah terhadap dirinya. Sesungguhnya apabila kita melaksanakan tugas dan tanggung jawab terhadap Allah , Allah akan meredhai dan mengasihi . Lantaran itu jadilah anda wanita solehah muslehah. Sebagaimana air mutlak yang sifatnya suci dan menyucikan.

4 perkara yang seharusnya menjadi perhitungan atau menjadi bahan muhasabah seorang muslimah ialah:

Pertama , terhadap dirinya : sila dengar sebuah firman Allah ini dengan hatimu, bukan dengan telingamu :

اقْرَأْ كَتَابَكَ كَفَى بِنَفْسِكَ الْيَوْمَ عَلَيْكَ حَسِيبًا

Maksudnya : Bacalah olehmu kitabmu, cukuplah atas diri mu hari ini sebagai satu perhitungan.

[ Surah : Al Isra’ , ayat : 14 ].

Jadikan  ‘ muhasabah’ itu sebagai amalan harian kita. Menghitung amalan wajib, sunat dan harus yang sepatutnya dilaksanakan. Memperindahkan akhlaq dengan Al Quran. Diri anda adalah tanggung jawab anda. Andalah yang lebih tahu tentang diri anda sendiri dari orang lain. Khalifah yang pertama iaitu Saidin Abu Bakr As Siddiq pernah mengucapkan :

“اللهم أنتَ أعلم بي من نفسي، وأنا أعلم بنفسي من الناس، فاغفر لي ما لا يعلمون، واجعلني خيرًا مما يظنون”.

Maksudnya : Ya Allah sesungguhnya Engkau lebih mengetahui tentangku dari diriku sendiri., dan aku lebih mengetahui tentang diriku dari manusia lain . Maka ampunilah aku apa yang mereka tidak mengetahuinya dan jadikanlah aku lebih baik dari apa yang mereka sangkakan.

Kedua , terhadap keluarga :  Rasulullah saw pernah bersabda  :

“خيركم خيركم لأهله، وأنا خيركم لأهلي”

Maksudnya  : Orang yang paling baik dikalangan kamu ialah orang yang paling baik terhadap keluarganya, dan aku adalah orang yang paling baik terhadap keluargaku .

Keluarga adalah orang yang paling hampir dengan kita . Maka mereka adalah lebih utama buat kita dari orang lain untuk kita berbuat baik kepada mereka. Lantaran tidak ada alasan untuk kita mengabaikan keluarga .

Pengurusan keluarga adalah satu kemahiran yang perlu kita tahu dan pelajari. Segala maklumat tentang pengurusan keluarga dan  kekeluargaan amat banyak dan senang di dapati di mana-mana. Boleh dengar dan lihat melalui radio dan talivisyen, boleh di baca di dalam akhbar , majalah dan buku-buku.  Di samping itu pengalaman orang lain dalam jatuh bangun mereka menguruskan keluarga patut  dimenfaatkan. Rujuklah kisah-kisah para anbiya’, para ulama’, solafus soleh dan tokoh-tokoh Islam yang ramai yang telah berjaya dalam perjuangan mereka.

Ketiga, terhadap masyarakat : Wanita muslimat adalah orang yang membawa cahaya dan ilmu kepada masyarakat . Berikanlah cahaya itu kepada mereka yang masih belum mendapatkannya . Firman Allah maksudnya : ” Sebagai cahaya yang berjalan dengannya di kalangan manusia ” [ Al An’am : 122].

Bagaimanakah untuk kita berikan cahaya itu kepada mereka ? Apakah caranya untuk jadi begitu? Menjadi qudwah atau ikutan masyarakat sekeliling, dengan kata lain masyarakat merasai kewujudan muslimah daieyah di kalangan mereka , dan mendapat menfaat darinya,  lalu anda akan mendapat pahala sebagai mana pahala yang mereka  perolehi tanpa kurang  sedikit pun.


فخير الناس أنفعهم للناس , sebaik-baik manusia ialah mereka yang paling bermenfaat terhadap manusia.

Jauhilah dari menjadi seperti seorang wanita yang rajin bangun solat malam dan berpuasa di siang harinya tetapi menyakiti jirannya dengan lidahnya.  Nerakalah tempat yang layak baginya . Wa na’uzu billah..

Keempat , terhadap ummat muslimin : Sesungguhnya sesiapa yang tidak mengambil berat tentang urusan muslimin maka ia bukanlah darinya. Justeru itu tanggung jawab kita terhadap ummat muslimin tidak pernah habis. Walau mereka jauh beribu batu dari kita, namun kita perlu mengambil tahu tentang mereka, penderitaan dan kesusahan mereka kita bantu dengan apa yang termampu. Doa di panjatkan untuk mereka di Palestin, di Iraq, di Thailand , di Kasymir, dan di semua tempat .

Ketahuilah , bahawa di dalam Al Quran apabila Allah hendak membuat perumpamaan tentang wanita beriman, Allah mengumpamakan dengan Maryam bintu Imran dan Asiah isteri Firaun. Apabila Allah ingin memberi contoh wanita yang kafir Allah memberikan contoh isteri Nabi Nuh dan Nabi Lut, walaupun mereka isteri nabi . Itu adalah sebagai satu peringatan tentang wanita yang solehah dan bahaya wanita yang kafir.

Sebagai wanita muslimah mukminah kita mestilah mempunyai azam yang jelas terhadap diri , keluarga, masyarakat dan ummah. Apa yang kita dambakan  hanyalah redha dan keampunan dari Allah . Semuga segala amalan kita diterima , selamat dari  di persoalkan oleh Allah terhadap tugas dan tanggung jawab yang terabai.