SELAMAT DATANG KE KONVENSYEN WANITA ISLAM NASIONAL – KONWANIS 2010

Tarikh : 24 julai 2010

Tempat:  Dewan Wawasan Politeknik Port Dickson

Yuran: Pelajar – RM35

Dewasa – RM70

Tarikh tutup penyertaan: 17 Julai 2010

sila layari : http://konwanis.ismaweb.net

SEMUA WANITA DIJEMPUT HADHIR

Daftar Segera! Jangan Lepaskan Peluang Ini!

WANITA MENDEPANI CABARAN SOSIAL PASCA MODEN

Pascamoden adalah satu ungkapan mutakhir yang merujuk kepada wajah dunia kini. Menurut kacamata Barat, dunia telah melalui empat era, termasuk yang terkini yang dinamakan sebagai era pascamoden. Tiga era yang terdahulu ialah era silam, era pertengahan dan era moden.

Era silam dikatakan mewajahi dunia dengan legenda dan mitos, era pertengahan dengan keagamaan, era moden dengan akal, dan era pascamoden dengan hermeneutik, atau tafsiran peribadi tentang segala yang ada.

Dalam suasana ini wanita  harus mendepani suasana dengan asas kekuatan yang tepat di samping mengetahui tabiat, impak serta cabaran yang bakal ditempuhi dalam era hermeneutik ini. Mereka perlu terlebih dahulu mengenali diri mereka sendiri agar jelas apakah tuntutan terhadap mereka , jelas hala tuju seterusnya, dan dengan kata lain tidak hanyut dengan arus negatif semasa. Amat penting mereka mengetahui kayu ukur sebenar dalam mentafsirkan identiti dan jati diri mereka.

Kerana hakikatnya wanita mempunyai tugas  dan tanggung jawab yang besar  dalam kehidupan yang berbagai aspek ini, justeru itu  wanita mesti cekal, matang dan berwibawa serta berdaya saing  dalam menempuh segala cabaran yang mendatang.

Konvensyen Wanita Islam Nasional (KONWANIS) kali ke empat ini diadakan untuk membincangkan cabaran isu-isu yang berkenaan yang akan dikaitkan dengan cabaran sosial yang melanda, dan di akhirnya kita mengharapkan penyelesaian atau jalan akan ditemui.

OBJEKTIF

  1. Menjelaskan identiti dan jati diri wanita dari perspektif Islam
  2. Memimpin wanita dalam mendepani cabaran sosial di pasca moden.
  3. Memartabatkan Islam sebagai penyelesai masalah dan jalan keluar.

Tinggalkan komen