SEKITAR KONWANIS 2010

Port Dickson 24 julai 2010 – Berlangsung sudah Konvensyen Wanita Islam Nasional (KONWANIS 2010) atau KONWANIS kali ke 4 pada tarikh yang telah ditentukan, iaitu 24 julai 2010. Berlangsung dengan tema ” Wanita Mendepani Cabaran Sosial Pasca Moden “.

Konvensyen yang bermula pendaftarannya seawal lapan pagi di ikuti dengan majlis perasmiannya pada jam 9 pagi oleh Yang Berhormat Dato’ Hajjah Zainab bt Nasir, Pengerusi Jawatan kuasa Bertindak Pembangunan Wanita, keluarga dan Kesejahteraan Masyarakat kerajaan Negeri Sembilan.

KONWANIS 2010 anjuran Biro Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan yang di adakan di Dewan Wawasan, Politeknik Port Dickson mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Kehadiran  mencecah 1,00 orang dari kalangan ahli wanita ISMA dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.  Selain dikunjungi oleh para peserta dari kalangan guru-guru KAFA daerah, Port Dickson, Seremban dan Rembau, pelajar pengajian tinggi,beliawanis, NGO-NGO dan institusi , juga wanita dari kalangan masyarakat awam.

KONWANIS kali ini  mensasarkan objektif untuk menjelaskan identiti dan jati diri wanita dari perspektif Islam, di samping menjelaskan perkara-perkara penting dalam mendepani cabaran sosial . Seterusnya memartabatkan Islam sebagai penyelesai masaalah dan jalan keluar.

Tiga pembentangan kertas kerja telah di susun untuk memenuhi objektif tersebut di samping menekankan sumber pengambilan yang sahih dalam memahami sirah, yang merupakan salah satu sandaran dalam pembentukan jati diri. Pembentangan pertama oleh : Ustazah Norakhilah Bahrin, ketua Wanita Ipoh, pembenteng kedua : Ustazah Norsolehah M.Salleh , Ketua Wanita ISMA Pusat danpembentang  ketiga : Ustaz Ahmad Sanusi Azmi timbalan Dekan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Setelah majlis berhenti rehat untuk menikmati hidangan tengahari majlis diteruskan dengan forum yang bertajuk : Realiti Wanita Pasca Moden. Yang di kendalikan oleh Ustazah Razidah Adam sebagai moderetor, sementara  ustazah Nik Norsaha Nik Muhammad dan Puan Hajjah Rohani Dato’ Shahir sebagai panel jemputan. Suasana dewan amat teruja dengan idea, info dan jenaka yang diselitkan.

Konvensyen kali ini  yang agak singkat iaitu  dari pagi hingga ke petang telah di sempurnakan penutupnya dengan pembentangan rumusan konvensyen oleh Puan Suriani Sudi, Penolong Pengarah konvensyen kali ini. Seterusnya konvensyen wanita Islam Nasional ini di sempurnakan penutupannya oleh Presiden ISMA sendiri, iaitu Ustaz Abdullah Zaik bin. Abdul Rahman dan bacaan doa oleh YDP Seremban Ustaz Azizee Hassan , yang turut di hadiri oleh Jawatan Kuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) , Ketua Penolong Pengarah bahagian Pelajaran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam N.Sembilan dan YDP-YDP di kawasan berhampiran.

Biro Wanita ISMA berharap agar KONWANIS yang  merupakan program tahunan untuk wanita ini akan menjadi satu medan pertemuan antara wanita untuk membincangkan isu semasa disamping membina jalinan ukhuwah yang melambang satu kekuatan dan kesatuan pemikiran.

Disamping KONWANIS  , biro wanita berharap aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan seperti program kekeluargaan dalam unit keluarga dan aktiviti anak-anak dalam unit Asybal wa zahrawat (NAZIM) yang mempunyai kekerapan yang lebih banyak  akan menjadi penggenap kepada pembentukan syahsiah wanita dan keluarga.

Seperti tahun-tahun yang lalu tidak sempurna KONWANIS jika sebelah malamnya tidak di serikan dengan acara santai dan hiburan. Oleh itu malam kesenian Islam : Untuk Mu Wanita telah di rancang khas untuk peserta KONWANIS pada kali ini.  Malam kesenian yang agak hampir jika di beri jolokan mini konsert itu telah menampilkanbeberapa acara menarik  sama ada acara solo mahu pun berkumpulan.

Kumpulan Qasidah dari wanita  Taman Kesidang, Kampung Lapan , Melaka telah membuka tirai persembahan dengan alunan suara dan paluan kompang, mereka memberikan persembahannya . Di ikuti dengan persembahan nasyid oleh puteri-puteri NAZIM Shah Alam, Selangor dengan persembahan yang agak memukau penonton. Malam kesenian di hangatkan lagi dengan deklimasi sajak oleh Puan Nisah Haron, yang merupakan Setiausaha Persatuan Penulis N.Sembilan dengan sajak yang dicipta khas untuk konsert Untuk Mu Wanita itu. Malahan penonton terus dihiburkan dengan nyanyian solo , kumpulan nasyid dari wanita Johor dan mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa ,Gombak serta persembahan pentomen yang baik.

Di konvensyen yang penuh bermakna ini para penaja dan dermawan tidak ketinggalan untuk menghulurkan sumbangan yang berupa cenderahati atau hadiah. Karya Bestari dari Pustaka Alaf 21 telah menghadiahkan 500 naskhah buku pelbagai tajuk untuk peserta. Syarikat Al Meswak Mukmin juga berbesar hati menghadiahkan ubat gigi mukminnya. Manakala Pusat Rawatan Az zahrah berbesar hati memberi beberapa keping boucer SPA dan potongan harga sebanyak 10% barangan keluarannya. Semua hadiah telah di berikan kepada peserta sama ada didalam kit pendaftaran atau melalui cabutan bertuah yang di adakan pada sebelah siang dan malam.

Sayonara… semuga ketemu kembali di KONWANIS yang ke seterusnya, dengan tekad untuk menterjemahkan setiap dapatan dan input kepada kehidupan realiti dalam perjuangan yang tak mungkin padam. Syabas dan tahniah kepada barisan jawatan kuasa yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan KONWANIS 2010, ahli-ahli ISMA dan seluruh peserta yang telah hadir.

SEMANGAT WANITA ISMA SABAH KIAN MEMBARA

Semuga tahun 2010 ini akan menjadi sejarah manis buat Wanita ISMA Sabah. Penubuhan ISMA sabah adalah merupakan pasarana wajib buat ahli ISMA di Sabah untuk bergerak seiring dengan ISMA di negeri-negeri lain di seluruh negara.  Gerak kerja yang tersusun akan memudahkan untuk wanita bergerak maju kehadapan,  untuk mencapai visi dan misi yang telah dilakarkan.  Semangat sedia ada dikalangan wanita ISMA Sabah kian membara dengan adanya sokongan dan dukungan mantap dari ahli yang bernaung di bawah satu organisasi yang sistematik.

Dunia yang semakin mencabar ini sememangnya menuntut untuk barisan duat menyediakan saf dan kekuatan dalaman mereka . Wanita tidak terkecuali dalam menyahut seruan ini walau dimana jua posisi mereka. Sesuatu organisasi akan pincang jika tidak diimbangi dengan kebangkitan pendukung wanita mengiringi kaum Adam dalam mengharung tribulasi yang berbagai bentuk. Masyarakat yang mempunyai wanita yang baik akhlaqnya, terarah minda dan aqalnya adalah sebuah masyarakat yang beruntung.

Di harapkan gema kejayaan akan kita dengar dari negeri bawah bawu ini sedikit masa lagi. Membangun bersama biro wanita, mengatur aktiviti melalui NAZIM [ Nadi Asybal wa zahrawat] dan biro keluarga. Menjadi qudwah kepada masyarakat Islam, di Sabah khususnya. Sementara gabungan tenaga muda dan orang  lama di sini akan terus melonjak dengan lebih pro aktif, inovatif  dan berkesan.

PERKHEMAHAN WANITA ZON SELATAN

Rembau, 28 Mac 2010 : ” Inni uhibbuki fillah ” saya sayangkanmu kerana Allah.. demikianlah bunyi motto perkhemahan wanita ISMA zon selatan pada tahun2010 ini. Perkhemahan yang bertemakan ukhuwah untuk merapatkan hubungan sesama ahli wanita zon selatan yang terdiri dari negeri Johor, Melaka dan N.sembilan.

Negeri Sembilan yang mengambil tanggung jawab sebagai tuan rumah pada tahun ini memilih Taman Reakrasi Gunung Datuk yang terletak di daerah Rembau sebagai lokasi perkhemahan. Kaki Gunung Datuk telah memetrikan memori ukhuwah fillah antara peserta yang hadir mencecah bilangan 80 orang.

Perkhemahan di mulakan dengan ketibaan peserta dan pendaftaran seawal jam 7.45 pagi pada 27 Mac 2010. Sebagai pembuka pertemuan peserta menikmati nasi lemak sebagai sarapan pagi sebelum acara bermula. Perkhemahan ini disempurnakan pembukaannya jam 8.45 pagi dengan bacaan Al Quran serta ucapan aluan dan taklimat dari Amirah dan barisan urusetia.

Untuk lebih menghayati dan memahami objektif perkhemahan ini para peserta dihidangkan dahulu dengan Bicara Rindu : ukhuwah fillah , oleh ustazah Hayati. Semuga perkhemahan yang bakal di lalui selama dua hari satu malam itu akan memberi input positif kepada semua yang hadir. Peserta memenfaatkan kehadiran mereka semaksima mungkin melalui aktiviti yang telah disusun.

Acara awal yang amat menguja peserta pada kali ini ialah acara ” Semulus jemari setulus Ukhuwah ” yang menguji kewanitaan dan bakat terpendam para suri dan anak-anak gadis. Peserta di kehendaki menyiapkan gubahan buahan-buahan, menghias kek, menjahit sehelai saprah dan membuat getah pengikat rambut dalam masa satu jam setengah dalam kumpulan masing-masing. Hasil yang perolehi akan mendapat markah yang akan dikumpulkan bersama markah-markah lain sepanjang perkhemahan. Disamping mencurahkan idea kreatif para peserta dapat menjalin ukhuwah, kerjasama dan seumpamanya disegment ini.




Teruskan membaca

PARA USTAZAH DI MULTAQA ULAMA ISMA

6Mac 2010, Auditarium 2, kejiranan Presint 16 Putra Jaya : Perhimpunan bersejarah para asatizah Ikatan Muslimin Malaysia. Tarikh untuk semua para ilmuan ini menanam tekad untuk mendukung ad deenul Islam ini dengan sepenuh hati. Memahami hasrat tertubuhnya Majlis Ulama Isma (MUIS) sebagai satu gelanggang untuk para asatizah berperanan dengan lebih tersusun.

Multaqa yang di hadiri oleh para ustaz dan ustazah dari seluruh negara mengamit semula semangat  untuk berbakti di jalan dakwah  yang memang sudah sekian lama di fahami. Para asatizah perlu menggilap potensi yang mereka miliki.. kalau pun sudah kian lemah atau agak luntur justeru satu aktivit ‘fisiologi’ perlu di lakukan. Kerana sesungguhnya tenaga asatizah ini amat besar dan berharga, kerana masing-masing memiliki kelebihan dan kekuatan tersendiri.

Wanita Isma agak sudah betah untuk kerap turun ke ibu negara untuk menghadiri berbagai program ISMA Pusat. Wanita Isma yang juga masing-masing sedang meniti usia tidak menjadikan mereka lemah. Kelihatannya mereka ikhlas dan ceria belaka. Namun ada di kalangan para ustazah ini juga adalah ibu-ibu muda yang masih perlu mengendong bayi untuk menghadiri multaqa, tak dinafikan juga ada yang tak sedar tersengguk , mungkin keletihan.. yang kita semua maklum.

Antara lain perbincangan sepanjang mulaqa ini ialah bagaimana untuk menyuburkan dakwah umum. Para asatizah perlu memahami berbagai isu semasa dan masaalah ummat. Multaqa sehari yang di isi oleh tiga orang speaker dan di akhiri dengan resolusi di akhirnya itu diharapkan akan mencetuskan idea dan perangsang untuk wanita ISMA di kalangan para ustazah untuk terus aktif , hidup sebagai daieyah sehinggga ke akhir hayat dengan amal yang berkesan.

SEJENAK MENGIMBAU NOSTALGIA MUKHAYYAM KHORIJI ZON TENGAH 2010

5 dan 6 disember 2010: ISMA ZON TENGAH telah  mencatit sejarah apabila satu perkhemahan atau mukhayyam khoriji wanita zon tengah telah diadakan buat julung-julung  kalinya . Mukhayyam yang  menggabungkan tiga kawasan ISMA yang berdekatan , iaitu  Daerah Hulu Langat(DHL), Shah Alam-Kelang [SAK)  dan  Gombak dengan motto  ‘inni uhibbuki Fillah’ amat menguja dan menceriakan  . Perkhemahan dua hari ini telah berlangsung dengan jayanya  di Impian  Resort , Sungai Congkak , Hulu Langat, Selangor.
Kelainan ini telah berjaya menggamit ramai peserta yang mencecah seratus orang peserta dari pelbagai peringkat usia semuda 18 tahun hinggalah ke usia 50 an. Bertemakan “fizikal cerdas Minda cergas” para peserta bersatu hati,merapatkan sof, membajai ukhuwah dalam meniti setiap agenda yang di atur dengan penuh dedikasi dan munazzom.
Tirai mukhayyam dibuka dengan bisikan doa dan  laungan nasyid ISMA .Ucapan aluan disampaikan oleh  pengarah program iaitu  ukht Zakiah bt Abd Rahman dari ISMA Shah Alam . Antara objektif mukhayyam atau perkemahan ini diadakan ialan untuk  memantapkan dan  menyuburkan ukhuwah sesama peserta.
Peserta di bahagikan kepada 10 kumpulan dan taaruf disemarakkan dengan  teknik ice breaking yang amat menarik serta menguja tumpuan dan   ingatan para peserta terhadap nama, kawasan dan  hobi peserta  lain…
Setelah menjamu selera dengan santapan tengahari yang disediakan sendiri oleh para peserta , Dr Syarifah [ISMA SHAH ALAM ] telah menyambung slot tengahari dengan pelbagai kupasan isu dunia kewanitaan  dan  kecantikan …suasana terasa kembali segar…ditambah dengan lontaran-lontaran mengenai  pemakanan kesihatan dari pakar dietPusat Rawatan  al Zahra’, Bangi iaitul Puan Siti Hajar bt Mustafa apabila dihujani dengan pelbagai persoalan.
Slot  petang diisi dengan aktiviti fizikal 2 iaitu Musabaqoh imaniyah melalui wajibat hafazan 10 mowasafat dan doa selain aktiviti membuat bendera kumpulan dengan mengambil kira logo,nama dan moto kumpulan.
Sedikit sentuhan ruhi dalam afat ‘ala toriq seusai makan malam dan solat maghrib dan isya…terasa hidup ini mesti berhati-hati  agar terselamat dari pembaziran. Teruskan membaca

SMART START – motivasi perkahwinan

Pengenalan:

Setiap pasangan yang merancang untuk berkahwin perlu meningkatkan persediaan diri untuk berkahwin dan mendirikan rumahtangga yang harmoni. Justeru itu ISMA dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN) melaksanakan Program Praperkahwinan SMARTSTART kepada pasangan yang akan berkahwin dan baru berkahwin (umur perkahwinan 5 tahun dan ke bawah) .


Modul ini dibangunkan bagi memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pasangan yang baru serta yang akan berkahwin tentang pelbagai aspek perkahwinan dan keibubapaan bagi memberi sokongan psikososial kepada mereka menempuhi alam perkahwinan dan berumah tangga dengan sejahtera

Objektif program:

  1. Menyediakan platform yang selamat kepada pasangan untuk memahami dan mengenali diri sendiri serta pasangan.
  2. Memberi ilmu pengetahuan dan kemahiran persediaan awal alam perkahwinan .
  3. Membantu persediaan mental dan pembinaan sikap positif.

Kandungan Program:
Kursus ini mempunyai 7 sesi seperti berikut:

• Sesi 1: Mengenali Dirimu
• Sesi 2: Meneroka Harapan Kita
• Sesi 3: Menangani Konflik dan Cabaran
• Sesi 4: Ingat! Luahkan Perasaan Anda
• Sesi 5: Membina Kemesraan
• Sesi 6: Mengurus Sumber Keluarga
• Sesi 7: Undang-Undang Keluarga

Bahan pembelajaran:

Pasangan akan dibekalkan dengan buku kerja berdasarkan aktiviti setiap sesi dan buku panduan untuk pasangan baru dan akan berkahwin. Buku panduan ini mengandungi bab seperti berikut:

• Bab 1: Persediaan Perkahwinan
• Bab 2: Perkahwinan
• Bab 3: Kesihatan Keluarga
• Bab 4: Kehamilan dan Kelahiran Cahaya Mata
• Bab 5: Alam Keibubapaan
• Bab 6: Menguruskan Sumber-Sumber keluarga
• Bab 7: Menangani Tekanan dan Konflik
• Bab 8: Undang-Undang Keluarga
• Bab 9: Maklumat Keluarga

Senarai Semak Untuk Bakal Pengantin
Ikrar Cinta

Masa: 8.30 pagi – 5.30 ptg
Tempat: Pejabat ISMA Pusat
Yuran : RM25.00
Tempoh Kursus: Dua hari

Hubungi: 03-892601520 @ email: womenisma@yahoo. com
Terhad kepada 25 orang pasangan.
Tarikh Tutup 20 Disember 2009

USAHAWAN YANG SEDANG MENUJU CEMERLANG

Dewasa ini ramai di kalangan Mahasiswa lepasan universiti yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan, medan yang selama ini banyak di isi oleh bangsa bukan Melayu terutama Cina. Pro aktif, kreatif dan inovatit adalah sikap yang sepatutnya ada pada umat Islam yang ingin berjaya. Berusaha dan berdikari untuk menjana pendapatan , dalam masa yang sama menabur budi kebada masyarakat sekeliling. Dan yang paling penting ialah menjadi qudwah ikutan kepada siapa sahaja yang bersamanya.

Mari kita berkongsi pengalaman dengan seorang  wanita ISMA ahli cawangan Kedah yang sedang aktif dengan projek tadikanya di negeri Jelapang Padi itu,  iaitu Puan Hasifah bt Zainuddin. Beliau memiliki 3 buah tadika yang beroperasi di sekitar daerah Jitra. Iaitu Tadika NurSyifa Taman Suria. Nur Syifa’ Taman Teja dan Nur Syifa’ Taman Tengku Sarina. Teruskan membaca